Jebon writes "anakJeneri menulis.... "Tulisan Astora dalam Utusan Malaysia tentang
wawancara(temuramah) Haji Hadi oleh Al-Jazeera amat mengejutkan kita
yang tidak tahu berbahasa Arab. Pada asalnya kita di Malaysia agak
berbangga kerana ada orang Malaysia yang di temuramah oleh Al-Jazeera,
sebuah stesen TV (media) yang agak berpengaruh terutama semasa krisis
peperangan USA dan Taliban. Dan temuramah itu dijalankan dalam Bahasa
Arab. Penulis diberitahu ada tape temuramah tersebut ditangan
pihak-pihak tertentu (Akan cuba dapatkan dari rakaman AlJazeera). Dari sini penulis dapat menyimpulkan dua perkara. Pertama, penulis merasakan yang kebolehan bahasa Arabnya hanyalah sederhana. Bahasa Arabnya tidaklah sehebat mana. Mungkin kebolehannya berbahasa Arab seperti sesetengah mereka selalu menggunakan 'simple English' seperti I, you, forgetlah dan banyak lagi perkataan yang senang dan selalu dituturkan oleh ramai rakyat Malaysia. Ataupun mereka yang selalu bertutur dalam bahasa Inggeris yang mana bahasa ibunda seperti Bahasa Melayu, Tamil, Hokkein atau Mandarin dicampurkan dalam ayat-ayat Inggeris mereka (ini adalah lebih baik kerana Inggeris bukannya bahasa AlQuran). Itulah taraf bahasa arab Haji Hadi. Walaubagaimanapun, penulis tetap salute haji Hadi kerana masih dapat menguasai bahasa kedua walaupun dalam keadaan tidak fasih. Ataupun mungkin bahasa Arab Haji Hadi baik dan fasih tetapi dia tidak bijak atau pandai dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan. Jika inilah seorang pemimpin yang PAS agungkan, penulis merasakan yang Haji hadi bukanlah seorang pemimpin yang bijak dan baik. Seorang pemimpin yang baik dapat menjawab apa saja soalan yang diajukan dengan baik, jelas, senang difahami dan memuaskan. Bukan jawapan yang tidak menjawab soalan dan berbelit-belit. Jika Haji Hadi jatuh pada salah satu dari dua perkara di atas, maka jauh sangatlah haji Hadi dari menjadi Ulama seperti yang diwar-warkan oleh pengikutnya. Seorang Ulama ialah seorang yang bijak dalam memberi pendapat, nasihat, idea serta fatwa mengenai mengikut keadaan semasa berdasarkan ajaran-ajaran dan landas agama (Quran dan Hadis). Ia juga mestilah mempunyai kebolehan menguasai bahasa Al-Quran dengan baik dan fasih. Ini adalah asas kepada kebolehan Ulama. Itu belum lagi dimasukkan pemikiran-pemikiran yang bersangkutan dengan ajaran Islam yang dibukukan atau disebarkan. Apa yang Haji Hadi ada ialah pemikiran-pemikiran politik yang memperalatkan agama Islam serta bahasa Arab yang tidak sehebat mana. Hendak dikatakan pemimpin hebatpun amatlah jauh sekali. Beliau tidak mengetahui hal-hal semasa samada dibidang ekonomi, teknologi, politik antarabangsa dan sebagainya. Apa yang beliau tahu tentang politik ialah politik menidakkan keIslaman orang bukan sealiran dengan fahaman politiknya. Sebab itulah dia tidak menjawab soalan dengan sebaiknya. Atau mungkin beliau termasuk dalam kedua-dua kategori tadi. Bahasa Arabnya sederhana dan tidak pandai hal-hal semasa seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Maka lagi jauhlah taraf yang diletakkan oleh pengikut-pengikutnya. SUDAH SAHLAH HAJI HADI BUKAN ULAMA! Itulah Haji Hadi. Seorang yang mungkin tidak fasih berbahasa Arab atau seorang yang tidak mengetahui hal-ehwal semasa atau memiliki kedua-dua sifat tersebut. Dia hanyalah pemimpin tiruan serta ulama ulama jadian yang tidak mempunyai sifat-sifat Ulama sejati. " " |